kompak.my

Mahkamah

Bekas setiausaha politik MB Perlis didakwa hari ini

Anak lelaki dan bekas setiausaha politik Menteri Besar, Perlis Mohd Shukri Ramli akan didakwa di mahkamah berhubung kes mengemukakan tuntutan palsu bernilai RM600,000.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, anak Mohd Shukri yang juga pemilik sebuah syarikat akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kangar, Perlis, manakala bekas setiausaha politiknya di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Kedua-dua mereka akan didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Anak kepada Mohd Shukri direman SPRM pada 24 April lepas bersama lima lagi suspek bagi membantu siasatan berhubung kes tuntutan palsu berkaitan pelaksanaan projek pembangunan prasarana seperti …

Bekas setiausaha politik MB Perlis didakwa hari ini Read More »

Gagal sedia pengadang jentera, majikan didenda RM14,000

Mahkamah Seksyen Jenayah 2, Butterworth, Pulau Pinang, pada Isnin menjatuhkan hukuman denda RM14,000 terhadap sebuah syarikat pembuatan kerana gagal mematuhi aspek keselamatan tempat kerja mengikut piawaian yang ditetapkan.

Kraft Industries Sdn Bhd sebagai majikan mengaku bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Noor Aini Yusof.

Syarikat itu didapati telah gagal memastikan bahagian mata pisau jentera dipagar dengan selamat sehingga menyebabkan kemalangan kepada pekerjanya.

Pekerja syarikat itu terputus keseluruhan jari telunjuk kiri semasa sedang menjalankan kerja-kerja memotong kotak menggunakan mesin tersebut.

Kraft Industries Sdn Bhd, disabitkan atas pertuduhan di bawah Seksyen 15(1), Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 oleh Jabatan Keselamatan …

Gagal sedia pengadang jentera, majikan didenda RM14,000 Read More »

Scroll to Top