kompak.my

Pelaburan Di UK Raih Sektor Eksport RM500 juta-MITI

PETALING JAYA: Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke United Kingdom(UK) berpotensi mencapai tahap pelaburan mencecah RM11 bilion dan juga potensi eksport RM500 juta

Jelas Zafrul, pencapaian tersebut menjadi pemangkin kepada prestasi pelbagai bidang.


“Potensi pelaburan yang diraih melibatkan sektor tenaga boleh baharu, ekonomi digital, automotif perbankan, hartanah dan petrokimia.


“Manakala potensi eksport yang dijana ialah bagi produk peralatan dan komponen pesawat, perabot serta makanan dan minuman,” jelasnya di Facebook pada Ahad.


Beliau berkata, potensi pencapaian itu telah diunjur sejak November 2024, di mana jumlah dangangan Malaysia-UK adalah sebanyak RM15.3 bilion, dengan nilai eksport kepada RM7.83 bilion dan import sebanyak RM7.47 bilion.


Diakui, setakat September 2024, 486 projek pembuatan oleh syarikat UK telah berjaya dilaksanakan dengan pencapaian jumlah pelaburan sebanyak RM12.49 bilion.


“Pencapaian ini telah menjana sebanyak 41,630 peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia,” ujarnya lagi.


Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan lawatan ke London, UK dari 15 hingga 19 Januari atas jemputan rakan sejawatannya, Starmer dan terus ke Belgium untuk lawatan rasmi seterusnya.


Beliau berkata, kejayaan itu adalah satu cerminan kepada keyakinan pelabur asing terhadap dasar negara selepas beberapa siri pertemuan dengan 31 kapten industri terkemuka di UK.

Scroll to Top