kompak.my

Uncategorized

RON95 Turun RM1.99 Seliter Mulai 30 September – Anwar

PETALING JAYA: Kerajaan MADANI mengumumkan harga petrol RON95 akan diturunkan kepada RM1.99 seliter bermula 30 September ini, sebagai langkah menghargai sumbangan rakyat terhadap pembangunan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu juga mencerminkan solidariti ekonomi Malaysia di tengah ketidaktentuan global.

“Malaysia mengambil langkah berani menurunkan harga RON95 kepada RM1.99 seliter, tatkala dunia berdepan suasana ekonomi global yang tidak menentu,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Menurutnya, pelaksanaan harga baharu itu akan menggunakan sistem pengesahan MyKad di kaunter dan pam, selain aplikasi rasmi stesen minyak.

Anwar menjelaskan, anggota polis dan tentera akan menikmati manfaat lebih awal mulai 27 September, …

RON95 Turun RM1.99 Seliter Mulai 30 September – Anwar Read More »

Ulasan| Luka Yang Membekas, Harapan Yang Menyala

Oleh: Mohd Najib Hashim

ULASAN | SEMALAM, 20 September bukan sekadar tarikh biasa. Setiap bangsa ada tarikh yang menguji jiwa dan kesabaran rakyatnya.

Bagi Malaysia, tarikh itu ialah 20 September 1998 – malam luka yang mencatatkan sejarah paling hitam dalam politik negara.

Dan mungkin juga ramai yang sudah lupa tetapi kita bersangka baik dan memaafkan mereka.

Bagi yang lupa, jom kita kenang semula apa yang berlaku pada malam itu.

Rakyat menyaksikan bagaimana Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ditahan secara kasar di rumahnya oleh Unit Tindakan Khas (UTK).

Beberapa minggu sebelum itu, beliau sudah dipecat daripada kerajaan …

Ulasan| Luka Yang Membekas, Harapan Yang Menyala Read More »

Kerajaan Nafi Tutup Pintu Dialog Isu RUU Pembaharuan Bandar

PETALING JAYA:Kerajaan menegaskan komitmennya untuk bersikap terbuka dalam menjelaskan pelaksanaan Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) apabila telah menganjurkan sebanyak 108 sesi libat urus dan penerangan melibatkan pelbagai pihak berkepentingan di seluruh negara.

Ketua Pengarah PLANMalaysia, Datuk Dr. Alias Rameli berkata, sesi tersebut diadakan bagi memberi ruang kepada semua pihak untuk memahami matlamat sebenar RUU berkenaan serta mengemukakan pandangan dan kebimbangan secara terus kepada kerajaan.

“Sehingga hari ini, kerajaan telah mengadakan 108 sesi libat urus termasuk dengan persatuan penduduk seperti Kuala Lumpur Resident Association. Semua pihak dijemput untuk hadir, dan setiap persoalan yang dibangkitkan dijawab secara terbuka,” …

Kerajaan Nafi Tutup Pintu Dialog Isu RUU Pembaharuan Bandar Read More »

Pakar cadang MCMC gubal kerangka seragam penyimpanan data perangi jenayah siber

PETALING JAYA: Malaysia digesa menggubal satu kerangka seragam bagi penyimpanan dan pemeliharaan data komunikasi sebagai langkah penting membanteras jenayah siber serta melindungi mangsa.

Pakar kriminologi dan pensyarah kanan Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya, Dr Haezreena Begum Abdul Hamid, berkata akses segera kepada metadata seperti rekod panggilan, alamat IP dan lokasi amat penting dalam siasatan kes jenayah berat termasuk penipuan siber, eksploitasi kanak-kanak dan keganasan.

“Tanpa kerangka yang konsisten, bukti kritikal mungkin dipadam sebelum pihak berkuasa sempat mendapat akses sah. Ini boleh melemahkan pendakwaan dan menjejaskan perlindungan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, cadangan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk …

Pakar cadang MCMC gubal kerangka seragam penyimpanan data perangi jenayah siber Read More »

Himpunan Jalanan Tak Gugat Anwar, Kecuali Majoriti Ahli Parlimen Berubah

Oleh: Datuk A Kadir Jasin

ULASAN | Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini bahawa seorang Perdana Menteri boleh dijatuhkan tanpa perlu menunggu pilihan raya sebenarnya bukanlah perkara baharu, malah ia satu hakikat politik Malaysia.

Pilihan Raya Umum (PRU) bukan untuk memilih Perdana Menteri, tetapi untuk memilih Ahli Dewan Rakyat. Daripada kalangan mereka, seorang dipilih untuk memegang jawatan Perdana Menteri.

Seorang Perdana Menteri boleh diturunkan pada bila-bila masa sama ada kerana kehilangan sokongan majoriti atau terpalit dengan kesalahan besar.

Contohnya, Dr Mahathir sendiri pernah kehilangan jawatan pada 2020 apabila majoriti Ahli Dewan Rakyat daripada partinya, Bersatu, bersekongkol dengan Pas dan …

Himpunan Jalanan Tak Gugat Anwar, Kecuali Majoriti Ahli Parlimen Berubah Read More »

“Demo ‘Turun Anwar’ Agenda Politik, Bukan Suara Rakyat”- Shamsul

PETALING JAYA: Himpunan “Turun Anwar” yang dijadual pada 26 Julai ini disifatkan tidak lebih daripada gimik politik dengan tujuan mengekalkan pengaruh menjelang pilihan raya umum akan datang.

Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin menegaskan bahawa himpunan itu bukanlah cerminan suara rakyat, sebaliknya didorong oleh kepentingan politik kelompok tertentu.

“Ini bukan tentang rakyat. Ia sekadar usaha kumpulan kecil yang mahu memanipulasi keadaan selepas gagal meraih mandat di peti undi,” katanya dipetik laporan media tempatan, Khamis.

Sebelum ini, Perikatan Nasional menyasarkan 300,000 peserta di Dataran Merdeka, manakala protes terdahulu di Shah Alam pada 6 Julai lalu hanya …

“Demo ‘Turun Anwar’ Agenda Politik, Bukan Suara Rakyat”- Shamsul Read More »

Scroll to Top