kompak.my

Politik

Denda MCMC Tingkatkan Tanggungjawab Media, Bukan Sekat Kebebasan – Asheeq

KUALA LUMPUR: Keputusan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengenakan denda RM100,000 terhadap Sin Chew Daily dan Sinar Harian baru-baru ini bukanlah langkah melampau, sebaliknya usaha memperkukuh etika kewartawanan dan tanggungjawab media.

Ketua Cabang PKR Batu, Asheeq Ali Sethi Alivi berkata, pandangan bahawa tindakan tersebut “berbahaya” adalah kurang tepat kerana kebebasan media tidak bermaksud kebebasan menyebarkan maklumat salah tanpa sebarang akibat.

“Media mempunyai pengaruh besar terhadap pandangan awam, justeru kebebasan itu datang bersama tanggungjawab untuk menyampaikan maklumat yang tepat, adil dan boleh dipercayai,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Menurut beliau, kesilapan Sin Chew Daily menyiarkan ilustrasi Jalur Gemilang dengan elemen …

Denda MCMC Tingkatkan Tanggungjawab Media, Bukan Sekat Kebebasan – Asheeq Read More »

Himpunan ‘Turun Anwar’ Dedah PN Ketandusan Idea & Lemah Terjemah Suara Rakyat

PETALING JAYA: Himpunan ‘Turun Anwar’ yang bakal diadakan Sabtu ini disifatkan sebagai bukti jelas kelemahan Perikatan Nasional (PN) dalam memahami serta menterjemah kehendak rakyat.

Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim, berkata PN ketandusan idea kerana hanya mengulangi tuduhan kerajaan gagal mengurus ekonomi, sedangkan data rasmi menunjukkan negara sedang pulih secara konsisten.

“Pertumbuhan ekonomi, inflasi, kadar pengangguran dan aliran pelaburan semuanya menunjukkan perkembangan positif. Namun, fakta ini diketepikan hanya kerana kebencian politik. Ini tanda mereka gagal berhujah secara bernas,” katanya menerusi ciapan di platform X, semalam.

Kamil yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) turut menempelak pembangkang …

Himpunan ‘Turun Anwar’ Dedah PN Ketandusan Idea & Lemah Terjemah Suara Rakyat Read More »

Mahfuz: Seruan PAS Kaitkan Agama Dengan Himpunan 26 Julai Bahaya & Hasutan Politik

PETALING JAYA: Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Mahfuz Omar, mengecam tindakan Dewan Ulama PAS Pusat yang menyeru rakyat menyertai perhimpunan 26 Julai dengan alasan ia sebagai tanggungjawab moral dan agama.

Menurut Mahfuz, pendekatan itu berbahaya kerana mengaitkan kewajipan agama dengan agenda politik jalanan hanya memberi mesej ekstrem dan berpotensi mengelirukan rakyat, khususnya golongan fanatik.

“Malaysia berada di ambang bahaya apabila agama dijadikan alat untuk memenuhi nafsu politik dan kuasa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mahfuz menegaskan, tiada sebarang bentuk kezaliman dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang boleh dijadikan alasan untuk digulingkan melalui …

Mahfuz: Seruan PAS Kaitkan Agama Dengan Himpunan 26 Julai Bahaya & Hasutan Politik Read More »

Anwar Tegas: Lawan di Parlimen, Bukan Jalanan

BATU KAWAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan bahawa sebarang cubaan mencabar kedudukan kerajaan mesti dilakukan melalui saluran demokrasi yang sah, bukannya demonstrasi jalanan.

Berucap sempena Minggu Perpaduan Nasional di Stadium Batu Kawan, Anwar mencabar pembangkang supaya membawa usul hilang kepercayaan di Dewan Rakyat sekiranya benar-benar yakin mempunyai sokongan.

“Bawa usul hilang kepercayaan di Parlimen. Jika tak cukup sokongan, tunggu pilihan raya. Jangan guna demonstrasi atau hasutan,” katanya.

Kenyataan itu dibuat menjelang perhimpunan ‘Turun Anwar’ yang dijangka berlangsung 26 Julai dengan sasaran sehingga 300,000 peserta.

Menurut Anwar, usaha membina semula negara memerlukan masa dan kestabilan, justeru tindakan menekan …

Anwar Tegas: Lawan di Parlimen, Bukan Jalanan Read More »

Kekalkan Anwar Demi Kestabilan Ekonomi dan Politik Negara- Rafizi

PETALING JAYA: Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli, menegaskan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar terus kekal sebagai Perdana Menteri bagi menjamin kesinambungan dasar serta kestabilan politik negara.

Dalam episod audio siarnya, Yang Berhenti Menteri, Rafizi berkata perubahan kerajaan ketika ini hanya akan mengundang risiko besar terhadap pengurusan ekonomi negara yang sedang berdepan cabaran mencabar.

“Kita tidak boleh tukar kerajaan sekarang kerana cabaran ekonomi sangat serius. Sebarang ketidaktentuan politik boleh menggugat keyakinan pelabur dan memberi kesan kepada rakyat,” katanya.

Beliau menjelaskan, unjuran pertumbuhan ekonomi serantau menunjukkan penurunan, dengan negara-negara ASEAN seperti Indonesia, Thailand, Vietnam, Singapura dan Filipina …

Kekalkan Anwar Demi Kestabilan Ekonomi dan Politik Negara- Rafizi Read More »

Reformasi Bukan Nasi Basi, Tapi Hidangan Baharu Yang Tak Lagi Ikut Selera 100 Tahun Mahathir

Oleh: Ahmad Yusry

ULASAN | Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri paling lama berkuasa, kembali mencetuskan polemik menerusi tulisan di blognya bertajuk “REFORMASI (Nasi Basi)”.

Pada usia menjangkau 100 tahun, tatkala ramai seusia lebih menumpukan bekalan akhirat, beliau masih tidak berhenti melontarkan sindiran terhadap agenda pembaharuan negara yang kini digerakkan.

Persoalannya, benar benarkah Reformasi yang sedang berjalan ini sekadar “nasi basi”? Atau sebenarnya ia satu lauk baharu yang segar, cuma tidak sesuai dengan selera politik lama yang terlalu lama selesa dengan kuasa?

Dua kali jadi PM, dua kali negara kecamuk

Tun Mahathir antara tokoh yang unik—pernah jadi Perdana …

Reformasi Bukan Nasi Basi, Tapi Hidangan Baharu Yang Tak Lagi Ikut Selera 100 Tahun Mahathir Read More »

Scroll to Top