Seorang cedera dalam kebakaran 7 unit bangunan kilang
Seorang cedera dalam kebakaran tujuh unit bangunan kilang di Jalan Bahagia 4, Taman Perindustrian Dato Yunus Sulaiman, Lima Kedai, Gelang Patah, Johor pada pukul 6.37 petang hari Isnin.
Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), PgKB II Rosfarawadi Ismani Ismail melaporkan mangsa yang merupakan pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah diberikan rawatan awal oleh anggota unit EMRS dan berjaya diselamatkan.
“Kebakaran tujuh unit kedai tersebut berjaya dikawal pada pukul 6.50 petang dengan teknik defensive dan offensive serta pemadaman menggunakan foam.
“Saksi kejadian menyatakan kebakaran tersebut bermula dari bahagian gudang kilang tersebut yang mengandungi bahan-bahan mudah terbakar,” katanya dalam …
Seorang cedera dalam kebakaran 7 unit bangunan kilang Read More »

