“Baru Seminggu Kenal, Diajak Teman Tidur… Sekali Kena Tibai & Motor Hilang”
23 APRIL 2025 | KUALA LUMPUR
Seorang lelaki berusia 27 tahun menjadi mangsa serangan dan kecurian selepas menerima pelawaan seorang wanita yang baru dikenali di TikTok untuk datang ke rumahnya.
Mangsa, Haziq, menceritakan bahawa wanita tersebut mengajaknya datang ke rumah dengan alasan mahu ditemani tidur. Namun sebaik tiba, dia diserang oleh sekumpulan lelaki yang dipercayai telah menunggu, dan motosikal miliknya turut dilarikan.
Kejadian ini tular selepas video rakaman serangan tersebar di media sosial, mencetuskan pelbagai reaksi netizen. Personaliti media sosial Caprice turut berkongsi kisah ini di Instagram sebagai peringatan kepada orang ramai.


