kompak.my

Fuziah: MPP tak bincang tiada pertandingan jawatan Presiden, Timbalan

Fuziah: MPP tak bincang tiada pertandingan jawatan Presiden, Timbalan

Oleh: Hanim Nadia


PETALING JAYA: PKR menafikan bahawa terdapat usul untuk membincangkan agar jawatan Presiden dan Timbalan parti itu tidak dipertandingkan pada Mei depan.
Setiausaha Agungnya, Dr Fuziah Salleh menafikan terdapat usul dibincangkan oleh Majlis Pimpinan Pusat(MPP) baharu-baharu ini.
“Setakat ini tiada usul dibincangkan berkenaan perkara tersebut di peringkat Majlis Pimpinan Pusat (MPP),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Pengerusi Biro Antarabangsa PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin bahawa parti itu berkemungkinan tidak akan mempertandingkan dua jawatan tertinggi itu.
Memetik laporan media tempatan, Shamsul berkata, cadangan untuk tidak mempertandingkan dua jawatan tertinggi parti tersebut berdasarkan beberapa cadangan daripada proses rundingan dalaman sebelum ini.

Scroll to Top