MMAI: Teknologi Canggih Teras Bina Komuniti Selamat
PETALING JAYA: Memorandum Persefahaman(MoU) yang ditandatangani oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Pelaburan UAE, HE Mohamed Hassan Alsuwaidi yang disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaksikan detik bersejarah tercipta.
“Melalui inisiatif Malaysia Madani Artificial Intelligence (MMAI), kerjasama ini akan memanfaatkan kuasa transformasi kecerdasan buatan, analitik data lanjutan dan pengkomputeran berprestasi tinggi untuk memerangi jenayah, mencegah keganasan, dan meningkatkan keselamatan awam.
“Ia mencerminkan komitmen bersama untuk menggunakan teknologi sebagai kekuatan untuk kebaikan seperti melindungi nyawa, memajukan inovasi dan membawa perubahan yang bermakna,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Melalui MoU ini menunjukkan pada setiap lawatan ke luar negara dan peluang yang ada, Kerajaan Madani tetap teguh dalam fokusnya untuk meningkatkan kehidupan rakyat Malaysia di tanah air.
Komitmen itu ditunjukkan dengan jelas melalui penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang meletakkan teknologi canggih sebagai teras usaha membina komuniti yang lebih selamat dan terjamin.
Katanya, Malaysia mengambil peranan sebagai Pengerusi ASEAN dan UAE sebagai Pengerusi Majlis Kerjasama Teluk (GCC) pada tahun 2025, kedua-dua negara bersetuju untuk memanfaatkan platform seperti Forum Ekonomi ASEAN-GCC untuk memperkukuh kerjasama kerajaan dan sektor swasta dalam bidang AI.
“Usaha ini akan menghubungkan pembuat dasar serantau, pemimpin industri dan inovator untuk menangani cabaran global yang kompleks.
“Bersama-sama, kedua-dua negara menetapkan standard global untuk menggunakan teknologi bagi memajukan keselamatan, inovasi dan kemakmuran bersama,” katanya.



