Bandar Wakaf, Harapan Baharu Kemanusian Gaza
Oleh: Haikal Tajuddin
PETALING JAYA: Bandar Wakaf Gaza merupakan harapan baharu kemanusian, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman.
Beliau mengakui bahawa, projek wakaf yang dilaksanakan itu juga adalah bukti nyata keprihatinan dan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memartabatkan usaha kemanusiaan itu.
Untuk itu, beliau dengan tegas menyarankan masyarakat untuk mengenepikan polemik dan menyokong sepenuhnya usaha untuk membawa manfaat kepada umat sejagat.
“Seperti kata pepatah, ‘hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati’. Bantuan seperti ini tidak akan memiskinkan kita, malah ia adalah pelaburan untuk kesejahteraan umat manusia.
“Dengan pembinaan Masjid Berkembar Shah Alam, Apartment Wakaf Selangor dan Sekolah Malaysia di Gaza, ia tidak hanya memberikan keperluan asas kepada rakyat Palestin, tetapi juga harapan baru untuk masa depan mereka.
“Saya menyeru semua pihak, sama ada rakyat biasa, sektor swasta, atau NGO, untuk bersama-sama menyokong projek ini. Bantulah usaha ini dengan keyakinan bahawa ‘tangan yang memberi lebih mulia daripada tangan yang menerima’,” ujarnya.
Tambahnya lagi, dengan pembinaan Masjid Berkembar Shah Alam, Apartment Wakaf Selangor dan Sekolah Malaysia di Gaza, ia tidak hanya memberikan keperluan asas kepada rakyat Palestin, tetapi juga harapan baru untuk masa depan mereka.
“Saya menyeru semua pihak, sama ada rakyat biasa, sektor swasta, atau NGO, untuk bersama-sama menyokong projek ini. Bantulah usaha ini dengan keyakinan bahawa ‘tangan yang memberi lebih mulia daripada tangan yang menerima’,” ujarnya.
Untuk rekod, Anwar sebelum ini mengumumkaan komitmen sebagai Perdana Menteri dan Pengerusi ASEAN untuk membangunkan semula Gaza dengan bantuan negara Jepun selepas gencatan senjata dicapai antara Gaza dan Israel.


